Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, March 26, 2009

Rakan Muda Futsal Challenge 2009

Satu lagi cabaran Rakan Muda di bawah Gaya Hidup Rakan Kecergasan iaitu 'Rakan Muda Futsal Challenge 2009'. baru-baru ini, PRM Keningau telah menganjurkan Kejohanan Futsal bertempat di Gelanggang Futsal Expertize Sdn. Bhd. Program ini adalah kerjasama antara Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Keningau (Unt Rakan Muda) dan juga Persatuan Belia Kg. Kota Ayangan, Keningau.

Dalam kejohanan tersebut, tempat pertama telah dimenangi oleh Fokus Niaga team dan telah membawa pulang wang tunai RM 400, Piala Iringan, medal dan juga Sijil. Sementara di tempat kedua iaitu pasukan daripada Cinta Mata, Tenom yang telah membawa pulang wang tunai RM 300, Medal dan sijil manakala, di tempat ketiga iaitu pasukan tuan rumah sendiri iaitu Rakan Muda Team yang telah membawa pulang RM 200, medal dan sijil. bagi tempat keempat pula, di sandang oleh pasukan PBKB Bakiau, keningau dengan membawa pulang voucher percuma bermain futsal dan juga hamper, dan pasukan ini juga telah menyandang gelaran Best Team, berdasarkan kepada disiplin dan kerjasama yang ditonjolkan oleh pasukan PBKB Bakiau ini.

1 comment:

  1. KRMB mengucapkan tahniah kepada KRM Keningau dan Penggerak Rakan Muda Keningau atas kejayaan program Futsall Challenge..Tahniah n syabas..

    www.kelabrakanmudabeaufort.blogspot.com

    ReplyDelete